" />

Beranda / Kelab Pembaca Kota Buku

Kelab Pembaca Kota Buku

KELAB PEMBACA KOTA BUKU

Kota Buku mengalu-alukan semua pembaca di luar sana yang berminat untuk menjadi ahli Kelab Pembaca kami! Apa itu sebenarnya Kelab Pembaca Kota Buku?

Kelab Pembaca Kota Buku adalah sebuah kelab santai dan tidak formal yang menyediakan ruang dan juga peluang bagi ahli-ahlinya untuk menjalankan aktiviti dalam suasana yang ceria.

Keahlian adalah terbuka pada umum. Melalui penyertaan Kelab Pembaca, ahli akan dapat mengetahui banyak info mengenai aktiviti tempatan berkaitan perbukuan di Malaysia.

Kelab Pembaca Kota Buku ialah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti berkaitan perbukuan dalam suasana santai di samping membina dan menjana bakat-bakat baru ahlinya untuk menghasilkan hasil kerja/produk berkaitan perbukuan.

Baik, saya faham…jadi, apakah kelebihan yang bakal saya perolehi sebagai seorang ahli kelab?

  1. Ahli akan mendapat akses esklusif akaun ke kedai digital atas talian E-Buku (Book Capital) untuk beberapa E-Buku PERCUMA terpilih, istimewa hanya untuk ahli!

  2. Ahli akan diberi kesitimewaan untuk menggunakan ruang awam di Kota Buku bagi tujuan berfaedah atau apa sahaja acara berkaitan aktiviti kelab.

  3. Dapatkan T-Shirt esklusif PERCUMA sebagai token terima kasih dari Kota Buku apabila ahli melibatkan diri dalam mana-mana ktiviti yang dianjurkan oleh Kota Buku.

  4. Ahli akan menikmati DISKAUN ISTIMEWA (-%) di kedai buku dan pesta buku terpilih apabila mempamerkan kad keahlian kepada juruwang sebelum pembayaran dilakukan **

  5. Dapatkan juga DISKAUN ESKLUSIF untuk seminar atau bengkel yang dianjurkan oleh Kota Buku! **

**Tertakluk pada persetujuan penganjur di pesta buku dan kedai buku terpilih**

YA! Saya mahu mendaftar sebagai ahli!

*Please fill in your details below to enjoy the benefits of Kota Buku's Readers Club member*

  1. EmailPhone
  2. NovelCookingComicAcademicMagazineOthers