• Banian Penawar Jiwa

    Hub penulis, pembaca dan penerbit

Blog rasmi Kota Buku

Kedai E-Buku Rasmi

Pembangunan dan Resolusi kota buku

Pada tahun 2014, PKB telah membangunkan sebuah sistem yang dinamakan E-Library, sebuah sistem perpustakaan digital yang menyediakan akses segera kepada koleksi maklumat yang didigitalkan termasuk kandungan multimedia seperti e-buku, fail audio dan video, surat khabar dan majalah elektronik. Untuk pengetahuan tuan, sistem ini telah diaplikasikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), perpustakan negeri dan perpustakaan sekolah.

 Dalam dunia hari ini, kebanyakan perpustakaan tidak dapat mengekalkan amalan tradisional mereka akibat kekangan belanjawan institusi mereka. Selain had dalam pembelian bahan dan kandungan, perpustakaan juga dilanda oleh kenaikan kos bangunan dan penyimpanan ditambah pula dengan permasalahan berterusan kertas berasid yang merosot dan perlu dirawat. Ini semua hanyalah sebahagia daripada pelbagai sebab mengapa institusi tuan perlu mencari resolusi baharu yang bersesuaian seperti ELIB.